Sunday, December 28, 2014

Fokus Komunikasi

Assalamualaikum...

Moga Allah sentiasa melindungi kita semua.
Allah sebaik-baik sandaran, 
buat sahabat, saudara yang ditimpa musibah yakinlah bahawa pertolongan Allah tersangat dekat,


Sebagaimana firman Allah:

Inna ma'al u'sri yusra 


Ayat ini bukan sahaja menunjukkan bahawa selepas kesusahan ada kesenangan, sebaiknya ketika kesusahan PASTI ada kesenangan.

Allah!!! 
semoga Allah anugerahkan kita kekuatan

#pray4pantaitimur


Pagi yang hening dengan suasana kesunyian pagi, selain mengenangkan nasib saudara yang diuji dengan ujian yang hebat, hati ini seakan-akan memanggil untuk bicara tentang "Fokus komunikasi" dalam kehidupan harian kita tidak lari dari berkomunikasi dengan manusia, apa itu FOKUS?? bila kita buat sesuatu kerja atau melakukannya kalau tiada fokus maka tidak sampai maksud sebenar. 

Komunikasi penting dalam kehidupan harian kita, boleh dikatakan sebagai perkara dasar kerana tujuan manusia menggunakan bahasa, bagaimana cara dia menulis, bertutur dan sebagainya. Sepatah yang lahir daripada mulut atau penulisannya tidak semudah yang diungkapkan, manusia tidak sewenang-wenangnya apabila memilih perkataan untuk menulis atau bercakap. Sekiranya kita nak memahami tujuan manusia berkomunikasi kita perlu melihat komunikasi sebagai sesuatu peristiwa.

Peristiwa komunikasi terdiri daripada tiga faktor:

1) Sumber komunikasi, iaitu orang yang bercakap ataupun menulis

2) Matlumat, atau istilah lainnya mesej, atau pesan atau idea yang hendak disampaikan kepda pihak yang ditujukan.

3) Penerima, iaitu oarang yang menerima matlumat.

Kefahaman daripada bacaan buku "Teori dan teknik terjemahan" bahagian Terjemahan dan komunikasi, Komunukasi tidak akan berlaku sekiranya hanya satu unsur sahaja, tidak logik sekiranya berkomunikasi tetapi tiada matlumat, sumber dan penerima matlumat, begitu jugak dengan mustahil boleh menerima jika tidak matlumat dan sumber. 

Menterjemah ialah menterjemah makna. Semua makna hanya boleh didapati dengan memahami peristiwa komunikasi. Oleh itu ketiga-tiga faktor itu sangatlah penting dalam kajian makna. Kita boleh mengkaji tujuan atau matlumat komunikasi dengan melihat unsur manakah yang diberikan fokus dalam dalam peristiwa komunikasi tersebut. Adakah komunikasi itu difokuskan pada sumbernya, atau matlamatnya, ataupun penerimanya. Ataupun gabungan unsur-unsur manakah yang diberikan fokus itu? Adakah fokus itu terletak pada gabungan antara sumber dan penerima, antara sumber dan matlamat ataupun apa?

Fokus akan sesuatu perkara memainkan peranan penting ketika kita berkomunikasi, samaada dari sudut matlumat yang disampaikan atau sumber yang dibicarakan, semuanya akan memberi kesan ketika bercakap ataupun menulis, matlamat akan sampai sekiranya betul kata dasar yang disampaikan.

No comments:

Post a Comment