Sunday, January 11, 2015

Ooohh Kalam Terjemahanku.....!

4 January 2014,
Kuliah terakhir bagi subjek terjemahan Arab




Dalam kelas  Dr Maheram Ahmad ada dihuraikan tajuk "Makna perkataan" dalam konteks penterjemahan ada hubung kait apabila ingin menterjemahkan sesuatu perkataan, kesilapan dalam menterjemahkan sesuatu perkataan boleh menjejaskan makna, oleh itu berhati-hati ketika membuat terjemahan. Diantara perkataan yang dipengaruhi oleh perkataan dan makna ialah:

1) Posisinya dalam ayat

2) Bidang ilmu

3) Situasi pemakaian dan budaya penutur


Tiap-tiap perkataan mempunyai lebih daripada satu makna, makna tiap-tiap perkataan adalah kabur, samar ataupun tidak tepat.

sebagaimana contoh: Rumah

1) rumah banglo

2)  rumah pangsa

3) rumah panjang

Contoh lain seperti ingin terjemahkan " Masyarakat malaysia pergi ke sekolah dengan berpakaian baju kurung" bila diterjemahkan didalam bahasa Arab kalau katakan " Masyarakat Malaysia pergi ke sekolah dengan berpakaian jubah". Masyarakat Arab akan beranggapan bahawa orang Malaysia seperti budaya Arab dari sudut pemakaian walhal antara baju kurung dan jubah sangat berbeza. Jadi dalam konteks terjemahan sedemikian boleh kita gunakan pakaian yang diterjemahkan tadi kepada bahasa Asal iaitu "baju kurung".


Sebagaimana contoh daripada latihan yang diberikan:

1) Azimah ke pejabat memakai baju kurung berwarna hijau epal

                       تلبس عظيمة باجو كورغ خضره الفاتح إلى إدارة        



Alhamdulillah, daripada pembelajaran semalam sedikit sebanyak telah mencuit hati saya untuk terus menerokai dunia terjemahan, sebenarnya seronok bila kita faham sesuatu perkara dan boleh melahirkan minat untuk lebih mengkajinya. Walaupun terjemahan sebenarnya bukan semudah yang kita gambarkan tapi bila kita minat sesuatu perkara boleh jadi mudah :)

Allah tetapkanlah pendirian kami terhadap ilmuMu, setelah abis kuliah seperti biasa saya akan menghabiskan masa dengan kawan-kawan fulltime, dikesempatan yang ada saya suka berkongsi dari sudut aktiviti harian saya, kalau ketika waktu kelas saya lebih berkongsi apa yang saya dapat harini, alhamdulillah disamping saya rasa seronok belajar dengan Dr Maheram saya dapat sesuatu yang membuat hati gembira dan rasa ingin berkongsi ilmu. 

Didalam perbualan kami ada seorang sahabat berkata, " bila kita usaha dengan tekun dan bersungguh-sungguh kejayaan itu pasti menjadi milik kita, janji Allah itu PASTI"

Terkedu seketika bila terdengar janji Allah itu pasti, YESSSS!!! saya dapat sesuatu daripada perbualan ilmiah kami, terdiam sekejap terus terfikir dan merancang sesuatu untuk updatekan diri dengan lebih baik dari sudut pelajaran yang dahulunya selalu diabaikan, check back perancagan tahunan 2015 :)

Bilamana kita NEKAD membuat sesuatu perkara ujianNya pasti datang untuk menguji tahap kesabaran kita, walaupaun stress rab hilang, perjuangan ini mesti diteruskan cari jalan keluar dan cuba untuk mengisi kekosongan kerja yang sepatutnya di submitkan tapi bila belaku sesuatu masalah yang tidak diinginkan jadiiii terisilah ia dengan penulisan blog saya saya nukilkan petang ini.


No comments:

Post a Comment