Sunday, December 21, 2014

Bahasa Sebagai Alat komunikasi

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi mengenai komunikasi, setiap hari kita pasti berkomunikasi dengan manusia, dari buka mata sehinggalah tutup mata, komunikasi dan terjemahan tidak boleh dipisahkan. Cewah! bacaan bahan yang saya dapat daripada buku "Teori dan Teknik Terjemahan Edisi kemas kini" dikarang oleh Ainon Mohd Abdullah Hassan, Dari sudut teori terjemahan manusia sesama manusia berbahasa dengan menggunakan alat komunikasi, untuk memudahkan proses komunikasi perlu memahami teori-teori komunikasi teutama yang melibatkan bahasa sebagai alat komunikasi adalah adanya matlumat, makna, istilah lainnya idea yang henda disampaikan, manusia tidak sewenang-wenangnya memilih perkataan yang digunakannya, mereka akan menggunakan perkataan-perkataan yang mereka yakin untuk menyampaikannya.

Dan setiap matlumat menjadi tali perhubungan antara orang yang berkomunikasi dengan orang yang menerima matlumat tersebut. Setiap orang berkomunikasi dan setiap orang yang menerima komunikasi tersebut dikira unik, tidak ada dua orang manusia yang serupa sebagai contoh:

a) cara bagaimana mereka menggunakan bahasa

b) cara bagaimana masing-masing menggunakan perkataan

Kita boleh lihat setiap orang ketika dia berbicara, dari sudut gaya, perkataan yang digunakan semuanya memainkan peranan penting ketika berkomunikasi sebab tersilap keluar perkataan terlari maksud sebenar atau agak  sukar untuk memahaminya.

Melalui kajian ahli-ahli bahasa membuktikan bahawa adalah mustahil dua orang manusia boleh menghasilkan ayat-ayat yang betul-betul serupa, ini kerana setiap orang menggunakan bahasa berdasarkan latar belakang peribadi masing-masing. Walau bagaimanapun, kajian ahli-ahli bahasa mendapati golongan kelompak sahaja yang ada persamaan contoh golongan doktor, mereka akan menggunakan bahasa mereka ketika berkomunikasi.


Terdapat empat kumpalan masyarakat ketika berkomunikasi:

1) Penghasil maklumat: iaitu orang yang menghasilkan matlumat seperti pakar perubatan, para pengarang, para pemerintah, ahli falsafah, pakar sains dan sebagainya.

2) Penyampai maklumat: iaitu oarng yang menyebarkan matlumat seperti wartawan, juruhebah radio, televisyen, guru, pendakwah dan pembawa berita.

3) Penapis matlumat iaitu orang-orang yang menyekat sesuatu matlumat daripada disebarkan seperti ahli politik, golongan tua,ahli agama, pengawai kerajaan tertentu dan para pengembang agama.

4) Penerima matlumat, iaitu orang yang menerima matlumat, seperti pembaca akhbar, pendengar radio, penonton televisyen, murid-murid sekolah, mahasiswa, kanak-kanak, orang awam dan golongan yang hanya menerima sahaja matlumat, misalnya orang yang tua atau cacat.

wahhhh!! semakin banyak kita membaca, mengkaji semakin bertambah ilmu kita, rupa-rupanya sangat menarik dunia terjemahan nii :)

No comments:

Post a Comment