Friday, December 5, 2014

kisah cintaku

Pertama kali kedengaran bisikan kalimah cinta, hati betul-betul tertarik membuatkan ingin mendalam dunia terjemahan, sangat tertarik pabila kupasan yang menarik daripada Dr Maheram sangat berpengalaman dalam bidang penterjemahan, boleh dikatakan skop penterjemahan ini tidak ramai yang mendalami, peluang dalam bidang ini sangat luas. Jika seseorang itu boleh menguasai dua bahasa dia tidak dikira sebagai pakar penterjemahan lagi, sekurang-kurangnya seseorang itu mesti kuasai bahasa-bahasa lain.


Ketika dalam kelas tersebut Dr maheram telah membuat minda saya menyebabkan saya rasa bahasa Arab ini sangat menarik perhatian dan begitu unik, saya rasa sangat bertuah kerana dipilih untuk mengambil bidang bahasa Arab walhal pada mulanya saya bukan minat pun bahasa Arab disebabkan bahasa yang sangat mudah dan sangat sangat senang untuk mendalami nya (hehehe kata-kata saya ni berlawanan maksudnya) nak jadi pelajar yang LUAR BIASA kena cakap, fikir, buat benda yang baik-baik :)




Allahu Rabbi :'( inilah hikmah disebalik ISTIKHARAH CINTA walaupun pada hakikatnya saya memang tidak berminat dan selalu cakap bahasa Arab ini bahasa yang sangat mudah :) tapi itulah ketentuanNya saya lalui jalan dan petunjuk yang diberikan, "boleh jadi sesuatu perkara itu yang terbaik untuk kita, padahal tidak terbaik disisi Allah, dan boleh jadi sesuatu perkara kamu rasa yang tidak terbaik untukmu tetapi sesuatu itu terbaik disisi Allah, sesungguhnya Dia maha mengetahui. [al-baqarah] 


Alhamdulillah dengan berkat istikharah saya meneruskan jua perjuangan dalam bidang ini dan saya percaya jika saya benar-benar bersungguh untuk mendalami segala ilmu nescaya saya akan temui KEJAYAAN. Dalam meneruskan perjuangan ini Allah hadirkan seorang insan yang benar-benar ingin membantu dan selalu memberi tunjuk ajar. Syukran jazakillah ukhti habibaty Nurul Iman Anuar, Kelana Iman dan sahabat-sahabat yang selalu memberi semangat untuk melangkah anak tangga ke tangga seterusnya sampai ke puncak kejayaan.




No comments:

Post a Comment