Assalamualaikum,
Dalam kesibukan
harian selitkan sedikit perkongsian tentang terjemahan daripada bahan bacaan
saya pagi tadi, hehehe baca-baca sampai tertidur-tidur inilah hasilnya... jeng
jeng...
Apa yang
dikatakan dengan terjemahan itu??
Ada beberapa
faktor yang dikatakan dengan terjemahan, diantaranya ialah:
1) Banyak jenis
bahan yang diterjemahkan
Maksudnya setiap satu jenis bahan
terjemahan belum tentu sesuai bagi jenis-jenis terjemahan yang lain, contoh
kalau kita amik daripada buku teks pasti tidak serupa dengan terjemahan bahan
cerita, iklan, skip drama, khutbah dan sebagainya. Sama juga seperti berita di
radio tidak sama dengan berita di akhbar sebab bila di radio teks tersebut
didengar sekali lalu sahaja.
Bila berita di akhbar si pembaca boleh lihat
hurufnya dan bila tidak faham boleh baca-baca dengan berulang-ulang sampai
faham maksudnya berbeza plak dengan berita di radio sebab pemberita membaca
berita tersebut yang mendengar orang lain bukan penyampai.
2) Banyaknya
tujuan bahan-bahan itu diterjemahkan
Setiap terjemahan mempunyai tujuan khusus
mengapa terjemahan itu diperlukan, walau macamana sekalipun teknik
perterjemahan mesti pilih gaya yang tepat untuk capai maksud terjemahan.
Sebagai contoh,
diterjemahkan melalui buku teks bertujuan untuk dibaca oleh pelajar, dan mereka
akan memahami maksud isi kandungan tersebut. Kalau dilihat dari skop iklan
untuk meningkatkan jualan barangan yang diiklankan, teks yang dipaparkan
mestilah difahami, sama jugak seperti papan iklan dilebuh raya, iklan yang
dipamerkan kena bersesuaian dengan keadaan lalu lalang seperti baca sekali
imbas. Oleh it, ia mementingkan kefahaman si pembaca.
3) Banyaknya
keperluan pembaca yang membaca terjemahan itu
Setiap orang
yang membaca ada tujuan tertentu, orang yang tidak membaca kerana tujuan umum,
umpamanya membaca untuk membaca. Mempunyai tujuan khusus mengapa dia membaca
sebagai contoh para pelajar membaca bertujuan untuk lulus peperiksaan, guru
membaca untuk kefahaman sesuatu perkara tujuan mengajar. Ahli sains membaca
laporan-laporan sains tujuan untuk mendapatkan matlumat tentang kajian
saintifik.
Oleh yang
demikian, terjemahan yang betul sentiasa bermaksud "betul untuk tujuan
apa" dan "untuk kegunaan siapa". Lagipun, bahasa sentiasa berada
dalam proses perubahan, dan selera stilistik juga berubah-ubah mengikut
peredaran masa. Oleh itu, gaya bahasa terjemahan yang diterima pada suatu masa
mungkin tidak dianggap sesuai pada masa lain.
No comments:
Post a Comment