Friday, December 5, 2014

Awal kalam....

Rabu, 15 Oktober 2014

Alhamdulillah.....

Perjuangan yang direhatkan selama lebih kurang tiga bulan telah bermula semula...jihad kami pelajar-pelajar PBJJ Ijazah Sarjana Pengajian Islam dgn kepujian (Pengajian Arab dan Sejarah Tamadun Islam) akan diteruskan dan telah pun bermula dengan tugasan kedua kami (yg pertama adalah subjek terjemahan) iaitu membina blog pembelajaran berkenaan asas-asas terjemahan arab-melayu-arab 1.


Bagi membina blog ini, pensyarah kami iaitu Dr. Maheram binti Ahmad telah meminta supaya kami membentuk ahli kumpulan kami terdiri daripada Noor Hidayah bt Mohd Aini dan Nur Aminah bt Idris.

Sepanjang 8 jam pertemuan pada minggu lalu bersama pensyarah sangat banyak input yang terlau manfaat berkenaan ilmu penterjemahan yang InsyaAllah akan kami kongsikan di dalam blog ini dari masa ke semasa. Bila dah dengar kuliah Dr. Maheram timbul pulak perasaan teringin nak jagi penterjemahan..hmmm...mampu ke ye??? Sudilah kiranya sahabat-sahabat diluar sana tu sama-sama kita kongsikan matlumat yang kita dapat tu ye....


Sekarang nie kami berdua masih dalam proses perbincangan untuk fikirkan apa yang patut kami lakukan...nantikan ye... wallahu'alam....:)


Dicatat oleh: Noor Hidayah Mohd Aini

No comments:

Post a Comment