Sunday, January 11, 2015

Ooohh Kalam Terjemahanku.....!

4 January 2014,
Kuliah terakhir bagi subjek terjemahan Arab




Dalam kelas  Dr Maheram Ahmad ada dihuraikan tajuk "Makna perkataan" dalam konteks penterjemahan ada hubung kait apabila ingin menterjemahkan sesuatu perkataan, kesilapan dalam menterjemahkan sesuatu perkataan boleh menjejaskan makna, oleh itu berhati-hati ketika membuat terjemahan. Diantara perkataan yang dipengaruhi oleh perkataan dan makna ialah:

1) Posisinya dalam ayat

2) Bidang ilmu

3) Situasi pemakaian dan budaya penutur


Tiap-tiap perkataan mempunyai lebih daripada satu makna, makna tiap-tiap perkataan adalah kabur, samar ataupun tidak tepat.

sebagaimana contoh: Rumah

1) rumah banglo

2)  rumah pangsa

3) rumah panjang

Contoh lain seperti ingin terjemahkan " Masyarakat malaysia pergi ke sekolah dengan berpakaian baju kurung" bila diterjemahkan didalam bahasa Arab kalau katakan " Masyarakat Malaysia pergi ke sekolah dengan berpakaian jubah". Masyarakat Arab akan beranggapan bahawa orang Malaysia seperti budaya Arab dari sudut pemakaian walhal antara baju kurung dan jubah sangat berbeza. Jadi dalam konteks terjemahan sedemikian boleh kita gunakan pakaian yang diterjemahkan tadi kepada bahasa Asal iaitu "baju kurung".


Sebagaimana contoh daripada latihan yang diberikan:

1) Azimah ke pejabat memakai baju kurung berwarna hijau epal

                       تلبس عظيمة باجو كورغ خضره الفاتح إلى إدارة        



Alhamdulillah, daripada pembelajaran semalam sedikit sebanyak telah mencuit hati saya untuk terus menerokai dunia terjemahan, sebenarnya seronok bila kita faham sesuatu perkara dan boleh melahirkan minat untuk lebih mengkajinya. Walaupun terjemahan sebenarnya bukan semudah yang kita gambarkan tapi bila kita minat sesuatu perkara boleh jadi mudah :)

Allah tetapkanlah pendirian kami terhadap ilmuMu, setelah abis kuliah seperti biasa saya akan menghabiskan masa dengan kawan-kawan fulltime, dikesempatan yang ada saya suka berkongsi dari sudut aktiviti harian saya, kalau ketika waktu kelas saya lebih berkongsi apa yang saya dapat harini, alhamdulillah disamping saya rasa seronok belajar dengan Dr Maheram saya dapat sesuatu yang membuat hati gembira dan rasa ingin berkongsi ilmu. 

Didalam perbualan kami ada seorang sahabat berkata, " bila kita usaha dengan tekun dan bersungguh-sungguh kejayaan itu pasti menjadi milik kita, janji Allah itu PASTI"

Terkedu seketika bila terdengar janji Allah itu pasti, YESSSS!!! saya dapat sesuatu daripada perbualan ilmiah kami, terdiam sekejap terus terfikir dan merancang sesuatu untuk updatekan diri dengan lebih baik dari sudut pelajaran yang dahulunya selalu diabaikan, check back perancagan tahunan 2015 :)

Bilamana kita NEKAD membuat sesuatu perkara ujianNya pasti datang untuk menguji tahap kesabaran kita, walaupaun stress rab hilang, perjuangan ini mesti diteruskan cari jalan keluar dan cuba untuk mengisi kekosongan kerja yang sepatutnya di submitkan tapi bila belaku sesuatu masalah yang tidak diinginkan jadiiii terisilah ia dengan penulisan blog saya saya nukilkan petang ini.


Sunday, December 28, 2014

Fokus Komunikasi

Assalamualaikum...

Moga Allah sentiasa melindungi kita semua.
Allah sebaik-baik sandaran, 
buat sahabat, saudara yang ditimpa musibah yakinlah bahawa pertolongan Allah tersangat dekat,


Sebagaimana firman Allah:

Inna ma'al u'sri yusra 


Ayat ini bukan sahaja menunjukkan bahawa selepas kesusahan ada kesenangan, sebaiknya ketika kesusahan PASTI ada kesenangan.

Allah!!! 
semoga Allah anugerahkan kita kekuatan

#pray4pantaitimur


Pagi yang hening dengan suasana kesunyian pagi, selain mengenangkan nasib saudara yang diuji dengan ujian yang hebat, hati ini seakan-akan memanggil untuk bicara tentang "Fokus komunikasi" dalam kehidupan harian kita tidak lari dari berkomunikasi dengan manusia, apa itu FOKUS?? bila kita buat sesuatu kerja atau melakukannya kalau tiada fokus maka tidak sampai maksud sebenar. 

Komunikasi penting dalam kehidupan harian kita, boleh dikatakan sebagai perkara dasar kerana tujuan manusia menggunakan bahasa, bagaimana cara dia menulis, bertutur dan sebagainya. Sepatah yang lahir daripada mulut atau penulisannya tidak semudah yang diungkapkan, manusia tidak sewenang-wenangnya apabila memilih perkataan untuk menulis atau bercakap. Sekiranya kita nak memahami tujuan manusia berkomunikasi kita perlu melihat komunikasi sebagai sesuatu peristiwa.

Peristiwa komunikasi terdiri daripada tiga faktor:

1) Sumber komunikasi, iaitu orang yang bercakap ataupun menulis

2) Matlumat, atau istilah lainnya mesej, atau pesan atau idea yang hendak disampaikan kepda pihak yang ditujukan.

3) Penerima, iaitu oarang yang menerima matlumat.

Kefahaman daripada bacaan buku "Teori dan teknik terjemahan" bahagian Terjemahan dan komunikasi, Komunukasi tidak akan berlaku sekiranya hanya satu unsur sahaja, tidak logik sekiranya berkomunikasi tetapi tiada matlumat, sumber dan penerima matlumat, begitu jugak dengan mustahil boleh menerima jika tidak matlumat dan sumber. 

Menterjemah ialah menterjemah makna. Semua makna hanya boleh didapati dengan memahami peristiwa komunikasi. Oleh itu ketiga-tiga faktor itu sangatlah penting dalam kajian makna. Kita boleh mengkaji tujuan atau matlumat komunikasi dengan melihat unsur manakah yang diberikan fokus dalam dalam peristiwa komunikasi tersebut. Adakah komunikasi itu difokuskan pada sumbernya, atau matlamatnya, ataupun penerimanya. Ataupun gabungan unsur-unsur manakah yang diberikan fokus itu? Adakah fokus itu terletak pada gabungan antara sumber dan penerima, antara sumber dan matlamat ataupun apa?

Fokus akan sesuatu perkara memainkan peranan penting ketika kita berkomunikasi, samaada dari sudut matlumat yang disampaikan atau sumber yang dibicarakan, semuanya akan memberi kesan ketika bercakap ataupun menulis, matlamat akan sampai sekiranya betul kata dasar yang disampaikan.

Sunday, December 21, 2014

Bahasa Sebagai Alat komunikasi

Dikesempatan ini saya ingin berkongsi mengenai komunikasi, setiap hari kita pasti berkomunikasi dengan manusia, dari buka mata sehinggalah tutup mata, komunikasi dan terjemahan tidak boleh dipisahkan. Cewah! bacaan bahan yang saya dapat daripada buku "Teori dan Teknik Terjemahan Edisi kemas kini" dikarang oleh Ainon Mohd Abdullah Hassan, Dari sudut teori terjemahan manusia sesama manusia berbahasa dengan menggunakan alat komunikasi, untuk memudahkan proses komunikasi perlu memahami teori-teori komunikasi teutama yang melibatkan bahasa sebagai alat komunikasi adalah adanya matlumat, makna, istilah lainnya idea yang henda disampaikan, manusia tidak sewenang-wenangnya memilih perkataan yang digunakannya, mereka akan menggunakan perkataan-perkataan yang mereka yakin untuk menyampaikannya.

Dan setiap matlumat menjadi tali perhubungan antara orang yang berkomunikasi dengan orang yang menerima matlumat tersebut. Setiap orang berkomunikasi dan setiap orang yang menerima komunikasi tersebut dikira unik, tidak ada dua orang manusia yang serupa sebagai contoh:

a) cara bagaimana mereka menggunakan bahasa

b) cara bagaimana masing-masing menggunakan perkataan

Kita boleh lihat setiap orang ketika dia berbicara, dari sudut gaya, perkataan yang digunakan semuanya memainkan peranan penting ketika berkomunikasi sebab tersilap keluar perkataan terlari maksud sebenar atau agak  sukar untuk memahaminya.

Melalui kajian ahli-ahli bahasa membuktikan bahawa adalah mustahil dua orang manusia boleh menghasilkan ayat-ayat yang betul-betul serupa, ini kerana setiap orang menggunakan bahasa berdasarkan latar belakang peribadi masing-masing. Walau bagaimanapun, kajian ahli-ahli bahasa mendapati golongan kelompak sahaja yang ada persamaan contoh golongan doktor, mereka akan menggunakan bahasa mereka ketika berkomunikasi.


Terdapat empat kumpalan masyarakat ketika berkomunikasi:

1) Penghasil maklumat: iaitu orang yang menghasilkan matlumat seperti pakar perubatan, para pengarang, para pemerintah, ahli falsafah, pakar sains dan sebagainya.

2) Penyampai maklumat: iaitu oarng yang menyebarkan matlumat seperti wartawan, juruhebah radio, televisyen, guru, pendakwah dan pembawa berita.

3) Penapis matlumat iaitu orang-orang yang menyekat sesuatu matlumat daripada disebarkan seperti ahli politik, golongan tua,ahli agama, pengawai kerajaan tertentu dan para pengembang agama.

4) Penerima matlumat, iaitu orang yang menerima matlumat, seperti pembaca akhbar, pendengar radio, penonton televisyen, murid-murid sekolah, mahasiswa, kanak-kanak, orang awam dan golongan yang hanya menerima sahaja matlumat, misalnya orang yang tua atau cacat.

wahhhh!! semakin banyak kita membaca, mengkaji semakin bertambah ilmu kita, rupa-rupanya sangat menarik dunia terjemahan nii :)

Saturday, December 6, 2014

Kepelbagaian Terjemahan

Assalamualaikum,

Dalam kesibukan harian selitkan sedikit perkongsian tentang terjemahan daripada bahan bacaan saya pagi tadi, hehehe baca-baca sampai tertidur-tidur inilah hasilnya... jeng jeng...

Apa yang dikatakan dengan terjemahan itu??

Ada beberapa faktor yang dikatakan dengan terjemahan, diantaranya ialah:

1) Banyak jenis bahan yang diterjemahkan

Maksudnya setiap satu jenis bahan terjemahan belum tentu sesuai bagi jenis-jenis terjemahan yang lain, contoh kalau kita amik daripada buku teks pasti tidak serupa dengan terjemahan bahan cerita, iklan, skip drama, khutbah dan sebagainya. Sama juga seperti berita di radio tidak sama dengan berita di akhbar sebab bila di radio teks tersebut didengar sekali lalu sahaja.

 Bila berita di akhbar si pembaca boleh lihat hurufnya dan bila tidak faham boleh baca-baca dengan berulang-ulang sampai faham maksudnya berbeza plak dengan berita di radio sebab pemberita membaca berita tersebut yang mendengar orang lain bukan penyampai.


2) Banyaknya tujuan bahan-bahan itu diterjemahkan

 Setiap terjemahan mempunyai tujuan khusus mengapa terjemahan itu diperlukan, walau macamana sekalipun teknik perterjemahan mesti pilih gaya yang tepat untuk capai maksud terjemahan.

Sebagai contoh, diterjemahkan melalui buku teks bertujuan untuk dibaca oleh pelajar, dan mereka akan memahami maksud isi kandungan tersebut. Kalau dilihat dari skop iklan untuk meningkatkan jualan barangan yang diiklankan, teks yang dipaparkan mestilah difahami, sama jugak seperti papan iklan dilebuh raya, iklan yang dipamerkan kena bersesuaian dengan keadaan lalu lalang seperti baca sekali imbas. Oleh it, ia mementingkan kefahaman si pembaca.


3) Banyaknya keperluan pembaca yang membaca terjemahan itu

Setiap orang yang membaca ada tujuan tertentu, orang yang tidak membaca kerana tujuan umum, umpamanya membaca untuk membaca. Mempunyai tujuan khusus mengapa dia membaca sebagai contoh para pelajar membaca bertujuan untuk lulus peperiksaan, guru membaca untuk kefahaman sesuatu perkara tujuan mengajar. Ahli sains membaca laporan-laporan sains tujuan untuk mendapatkan matlumat tentang kajian saintifik.


Oleh yang demikian, terjemahan yang betul sentiasa bermaksud "betul untuk tujuan apa" dan "untuk kegunaan siapa". Lagipun, bahasa sentiasa berada dalam proses perubahan, dan selera stilistik juga berubah-ubah mengikut peredaran masa. Oleh itu, gaya bahasa terjemahan yang diterima pada suatu masa mungkin tidak dianggap sesuai pada masa lain.


Friday, December 5, 2014

kisah cintaku

Pertama kali kedengaran bisikan kalimah cinta, hati betul-betul tertarik membuatkan ingin mendalam dunia terjemahan, sangat tertarik pabila kupasan yang menarik daripada Dr Maheram sangat berpengalaman dalam bidang penterjemahan, boleh dikatakan skop penterjemahan ini tidak ramai yang mendalami, peluang dalam bidang ini sangat luas. Jika seseorang itu boleh menguasai dua bahasa dia tidak dikira sebagai pakar penterjemahan lagi, sekurang-kurangnya seseorang itu mesti kuasai bahasa-bahasa lain.


Ketika dalam kelas tersebut Dr maheram telah membuat minda saya menyebabkan saya rasa bahasa Arab ini sangat menarik perhatian dan begitu unik, saya rasa sangat bertuah kerana dipilih untuk mengambil bidang bahasa Arab walhal pada mulanya saya bukan minat pun bahasa Arab disebabkan bahasa yang sangat mudah dan sangat sangat senang untuk mendalami nya (hehehe kata-kata saya ni berlawanan maksudnya) nak jadi pelajar yang LUAR BIASA kena cakap, fikir, buat benda yang baik-baik :)




Allahu Rabbi :'( inilah hikmah disebalik ISTIKHARAH CINTA walaupun pada hakikatnya saya memang tidak berminat dan selalu cakap bahasa Arab ini bahasa yang sangat mudah :) tapi itulah ketentuanNya saya lalui jalan dan petunjuk yang diberikan, "boleh jadi sesuatu perkara itu yang terbaik untuk kita, padahal tidak terbaik disisi Allah, dan boleh jadi sesuatu perkara kamu rasa yang tidak terbaik untukmu tetapi sesuatu itu terbaik disisi Allah, sesungguhnya Dia maha mengetahui. [al-baqarah] 


Alhamdulillah dengan berkat istikharah saya meneruskan jua perjuangan dalam bidang ini dan saya percaya jika saya benar-benar bersungguh untuk mendalami segala ilmu nescaya saya akan temui KEJAYAAN. Dalam meneruskan perjuangan ini Allah hadirkan seorang insan yang benar-benar ingin membantu dan selalu memberi tunjuk ajar. Syukran jazakillah ukhti habibaty Nurul Iman Anuar, Kelana Iman dan sahabat-sahabat yang selalu memberi semangat untuk melangkah anak tangga ke tangga seterusnya sampai ke puncak kejayaan.




Assalamualaikum,

Sobahalkhair, kaifa hallukum???

permulaan pagi dimulakan dengan penuh kesyukuran kerana masih diberi pinjaman nyawa untuk meneruskan perjuangan JIHAD ILMU, bukan senang untuk melawan nafsu perjuangan pelbagai halangan dan rintangan yang dilalui untuk terus mendaki, mendaki dan mendaki hingga ke puncak kejayaan, berbekalan SEMANGAT yang ada pasti kita lalui setiap langkah-langkah perjalanan dengan kemanisan walaupun diuji dipertengahan jalan, buat sahabat seperjuanganku, sabarlah bila diuji dengan ujian yang berat, "Allah sayang kamu, dan Dia sentiasa ada dengan kita, terlalu hampir bila diuji", percayalah wahai sahabat jika kita BERNEKAD untuk meneruskan JIHAD ILMUAN pasti Allah uji ujian yang hebat setanding dengan hambanya, tapi percayalah wahai sahabat, jika besar ujian yang diuji pasti BESAR KEJAYAAN yang menghampiri kita. setiap bisikan doaku terselit untukmu wahai sahabatku. 

Perjalanan ini akan diteruskan, walaupun ada monyet-monyet yang dikacau disepanjang perjalanan kami, terus dan terus mendaki disamping sekuatnya kita bergantung padaNya kerana itulah sebaik-baik kekuatan, walaupun ianya hanya pinjaman tapi kita perlu meminta padaNya. FOKUS pada penyelesaian dan bukan pada MASALAH nescaya kamu akan najah!!! go go chaiyokkk.. KAMI BOLEHHHHH. stop sekejap masa untuk dating, hehehe dhuha is calling...

Awal kalam....

Rabu, 15 Oktober 2014

Alhamdulillah.....

Perjuangan yang direhatkan selama lebih kurang tiga bulan telah bermula semula...jihad kami pelajar-pelajar PBJJ Ijazah Sarjana Pengajian Islam dgn kepujian (Pengajian Arab dan Sejarah Tamadun Islam) akan diteruskan dan telah pun bermula dengan tugasan kedua kami (yg pertama adalah subjek terjemahan) iaitu membina blog pembelajaran berkenaan asas-asas terjemahan arab-melayu-arab 1.


Bagi membina blog ini, pensyarah kami iaitu Dr. Maheram binti Ahmad telah meminta supaya kami membentuk ahli kumpulan kami terdiri daripada Noor Hidayah bt Mohd Aini dan Nur Aminah bt Idris.

Sepanjang 8 jam pertemuan pada minggu lalu bersama pensyarah sangat banyak input yang terlau manfaat berkenaan ilmu penterjemahan yang InsyaAllah akan kami kongsikan di dalam blog ini dari masa ke semasa. Bila dah dengar kuliah Dr. Maheram timbul pulak perasaan teringin nak jagi penterjemahan..hmmm...mampu ke ye??? Sudilah kiranya sahabat-sahabat diluar sana tu sama-sama kita kongsikan matlumat yang kita dapat tu ye....


Sekarang nie kami berdua masih dalam proses perbincangan untuk fikirkan apa yang patut kami lakukan...nantikan ye... wallahu'alam....:)


Dicatat oleh: Noor Hidayah Mohd Aini